La Ni Pukul

Pertanyaan

Penyelaras

Ruang Daftar






Lost Password?
No account yet? Register

Siapa Online?

Pelawat Dari...

Statistik

OS: Linux s
PHP: 5.2.13
MySQL: 5.0.92-community
Time: 02:46
Caching: Disabled
GZIP: Disabled
Members: 1341
News: 25
Web Links: 3
powered_by.png, 1 kB
Laman Utama
Berita-Berita Terkini Butik Utara
Written by TokNikahKawin   
Thursday, 12 February 2009

Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah? 

KANGAR 20 Mac – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama 

 kulim

Kulim 15 Mac - Pelbagai cara bagi orang ramai mengakhiri zaman bujang dengan menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagi satu kenangan sepanjang hayat.

Begitu juga bagi kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kulim/Bandar Baharu, Mohd. Firdaus Mohd. Saad, 25, dan pasangannya, Nur Munirah Abdullah, 23.

Mereka memilih kelainan dengan bersanding di atas treler yang ditarik oleh kenderaan milik JKR sejauh 200 meter dari Masjid Taman Selasih ke rumahnya.

Menurut Mohd. Firdaus, idea untuk berarak dan bersanding di atas treler timbul daripada rakannya, Aminurhan Ismail yang ingin melihat sesuatu yang baru dalam majlis perkahwinan.

"Pada mulanya saya rasakan idea yang dicadangkan itu tidak bersesuaian. Namun, selepas berbincang dengan bakal isteri serta keluarga, mereka bersetuju.

"Saya berasa amat teruja apabila melihat treler itu dihias sebegitu cantik seperti pelamin dan akan menjadikan kenangan seumur hidup," katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Sementara itu, Munirah memberitahu, dia tidak menyangka persandingan atas treler itu menjadi kenyataan memandangkan menyangka ia satu majlis melucukan pada peringkat awal.

"Namun apabila difikirkan semula, majlis ini hanya sekali sahaja dan akan menjadi kenangan. Oleh itu, saya dan keluarga tiada halangan," katanya yang bekerja di sebuah syarikat guaman.

sc 

SC BCC - Sutinah Collection Boutique, canopy & Catering....bidang baru perkhidmatan tambahan yang diusahakan oleh Sutinah Collection bagi memperlengkapkan perkhidmatan di bawah satu bumbung. 

 

Be Carefull With This Man! - Demi memperbetulkan sesuatu kami di Butik Utara ingin memperingati bakal-bakal pengantin supaya berhati-hati dengan 'part time' pak andam ini agar tidak tergugat majlis perkahwinan anda. Sapa....awat....apa dia dok buat?
  • Dia adalah seorang kakitangan jabatan kerajaan.
  • Tiada butik tapi sedia terima tempahan.
  • Tempah pelamin secara 'sub'....asalkan ada pelamin disaat akhir dan yang pasti pelamin tidak mengikut apa yang bakal pengantin mahukan.
  • Suka mendapatkan kemudahan credit atau guna/pasang dulu bayar kemudian..tapi makan masa yang lama setelah puas dihujani panggilan talifon yang selalu tidak akan berjawab.
  • Suka buat hal dimana-mana yang orang belum kenal dia.

This Man was caught and appeared in Buletin Utama on the last 7th Apr 2010 at Butterworth Court.....

Apaaaalah Pasai Nii?- Ceramah dalam salah satu siaran TV menarik perhatian TokNikahKawin berkaitan mengapa hidup ini tiada keberkatan? Ustaz penceramah mengutarakan kes dimana keterlanjuran pasangan remaja menjadikan ibu bapa mengambil tindakan yang dikira wajar hanya bagi menutup aib terhadap anak dara mereka.....Sila kembali lagi untuk kisah selanjutnya...

Awat Hangpa Tergesa-Gesa Sangat? - Kalut-kalut suatu senja sepasang dua beradik mengunjungi sebuah butik di SPT. Nak sewa baju akad nikah untuk esok...kata pengiring bakal pengantin. Dalam masa memilih baju terpandanglah Si Mak Andam akan keadaan perut bakal pengantin yang dah agak....... "Hissshhh...takkan ....kut!", bisik hati Mak Andam berkenaan. Moga-moga anak keturunan kita tidak terjebak dengan gejala-gejala negatif berkenaan...dan Butik Utara berharap perut si bakal pengantin ter....disebabkan lemak berlebihan hasil dari makanan yang tidak seimbang!!!

 

 

 

 

 

 

Pesan Buat Pelawat - Minta maaf banyak-banyak kalau anda semua tidak dapat melihat paparan butik yang ingin anda lawati. Tolong khabarkan pada tuan pemilik butik supaya mendekati teknologi masa kini sebab kami dapati kadang-kadang masih terdapat ramai  pemilik butik yang pandang dingin terhadap langkah-langkah memiliki laman web. Bukan hasrat kami untuk memaksa menempah laman web dari kami, tempahlah pada sesiapa saja yang mereka suka tapi jangan lupa memberitahu kami alamat web masing-masing supaya dapat kami pautkan dari direktori ini....Butikutara.Com! - penyelaras.  

 
Last Updated ( Sunday, 20 March 2011 )
 
Sesuaikah Mak Ayah Pengantin...
Written by TokNikahKawin   
Sunday, 11 January 2009

Kami dijemput ke majlis kenduri..berkali-kali. Namun musim terbaru cuti sekolah hujung 2008 mencuit perhatian kami untuk diambil iktibar dijadikan panduan. Para tetamu terpacak berdiri menjeguk mencari-cari tuan kenduri untuk salam berisi. Tatkala itu waktu kemuncak para tetamu tiba. Rupa-rupanya Mak Ayah pengantin sedang duduk bersama meraikan makan dimeja pengantin.

Kami mengambil agenda makan ini untuk memperingati para-para bakal pengantin dan bakal tuan kenduri iaitu:

  • Sila kecualikan Mak Ayah pengantin (tuan kenduri) dari menjadi sebahagian dari rombongan makan beradat (makan pengantin).
  • Utamakanlah para tetamu dan pilihlah dari kalangan rakan taulan atau saudara terdekat bagi mewakili Mak Ayah untuk sama-sama dimeja makan pengantin.
  • Sila sediakan petugas untuk menawarkan air basuhan tangan walaupun telah tersedia sudu dan garpu kerana tidak semua jemputan rombongan pengantin rasa selesa dengan makan bersudu garpu.

Perlu diingatkan bahawa suasana di hotel dan dihalaman rumah amat berbeza....oleh itu jadikanlah makan makan yang diadakan dapat berlangsung dalam suasana yang amat santai dan selesa.

Last Updated ( Sunday, 11 January 2009 )
 
Orang Memberi Kita Merasa.....
Written by TokNikahKawin   
Monday, 26 May 2008

Assalamualaikum Pengantin Baru dan Mak-Mak Pengantin termasuk la ayah-ayah pengantin. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda semua menjemput pihak kami menghadiri kenduri kalian. Kami juga mohon dihalalkan semua perbelanjaan sewa kelengkapan pengantin  oleh kalian, semoga khidmat kami dapat memuaskan hati semua. Yang baik beritahu kawan..........

Kami juga memohon maaf pada sesetengah jemputan yang tidak dapat kami hadiri kerana terlalu banyak jemputan dan secara kebetulan bersamaan dengan majlis perkahwinan waris terdekat kami di kampung. Keikhlasan anda semua sangat-sangat kami hargai.

Last Updated ( Monday, 26 May 2008 )
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 4 of 7

Asmaul Husna

Sembang Online

Kaji Selidik

Apa Kata Anda Tentang Butikutara.Com?
 
Kenapa Ramai Pemilik Butik Pengantin Pandang Dingin Pada Website?
 

Potret Kenangan

NadzryAziela

 

© 2012 Direktori Pengantin Utara Semenanjung
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.