La Ni Pukul

Pertanyaan

Penyelaras

Ruang Daftar






Lost Password?
No account yet? Register

Siapa Online?

We have 1 guest online

Bila Puasa?

Statistik

OS: Linux s
PHP: 5.2.8
MySQL: 4.1.22-standard
Time: 01:04
Caching: Disabled
GZIP: Disabled
Members: 80
News: 24
Web Links: 3
powered_by.png, 1 kB
Laman Utama
Berita-Berita Terkini Butik Utara
Written by TokNikahKawin   
Thursday, 12 February 2009

Pesan Buat Pelawat - Minta maaf banyak-banyak kalau anda semua tidak dapat melihat paparan butik yang ingin anda lawati. Tolong khabarkan pada tuan pemilik butik supaya mendekati teknologi masa kini sebab kami dapati kadang-kadang masih terdapat ramai  pemilik butik yang pandang dingin terhadap langkah-langkah memiliki laman web. Bukan hasrat kami untuk memaksa menempah laman web dari kami, tempahlah pada sesiapa saja yang mereka suka tapi jangan lupa memberitahu kami alamat web masing-masing supaya dapat kami pautkan dari direktori ini....Butikutara.Com! - penyelaras.

 budak cute'Galuh Cendrakirana' mencari pelamin mini dengan bangku sampan, make-up dan sanggul dalam bajet RM500. Mana-mana butik tolong respon untuk permintaan majlis pertunangan budak cute ini!Nurul Nak Jemput..Tak Jemput...? - Nurul was-was samada nak jemput atau tidak kawan-kawan semasa majlis bertunang. Ia adalah satu majlis yang baik...so kami nasihatkan tepuk dada tanya selera!

Sabaq La Miss Y!!! - Sedih jugak bila dapat tau keadaan Miss Y. Yang dah jemput tetamu pun tak jadi kawin...inikan pulak jejaka idaman kena sihir lantas terbatal bertunang!!! Kami semua berdoa agar Miss Y bersabar dan menyerahkan semua usaha pada takdirNYA.

Be Carefull With This Man! - Demi memperbetulkan sesuatu kami di Butik Utara ingin memperingati bakal-bakal pengantin supaya berhati-hati dengan 'part time' pak andam ini agar tidak tergugat majlis perkahwinan anda. Sapa....awat....apa dia dok buat?
  • Dia adalah seorang kakitangan jabatan kerajaan.
  • Tiada butik tapi sedia terima tempahan.
  • Tempah pelamin secara 'sub'....asalkan ada pelamin disaat akhir dan yang pasti pelamin tidak mengikut apa yang bakal pengantin mahukan.
  • Suka mendapatkan kemudahan credit atau guna/pasang dulu bayar kemudian..tapi makan masa yang lama setelah puas dihujani panggilan talifon yang selalu tidak akan berjawab.
  • Suka buat hal dimana-mana yang orang belum kenal dia.

Jalinan Asmara Buka Cawangan! - 'Rezeki masing-masing!', ujar Puan Liana pemilik butik Jalinan Asmara di Kepala Batas, SPU. Khabar dari mulut beliau sendiri bahawa akan membuka cawangan di Penanti dan kini menunggu bangunan siap dibina serta masih diperingkat menyiapkan kertas kerja untuk pembukaan cawangan baru ini. 

Semuanya Ketetapan Ilahi! - Musim penghujung 2009 pernah terjadi di kawasan sekitar Bukit Mertajam dimana kenduri dibatalkan  dan baju pengantin yang ditempah tidak dituntut oleh tuannya. Hairan kami terjawab apabila maklumat dari pengusaha kanopi juga memberitahu tempahannya juga dibatalkan. Kami menjangkakan ia adalah dari pihak yang sama.  

Kalau Letak Kain Putih Bulat? - Pelamin duduk persediaan majlis bertunang Suriani di Sungai Dua, Butterworth, bertemakan warna hijau. "Kalaulah dilekatkan kain putih bulat kat tengah......", kami sam-sama gelak ketika pasang pelamin tersebut di kediaman Su di Sungai Dua pagi Jumaat lalu untuk majlis bertunang Sabtu 06 Feb 2010. Pelamin duduk Su di sini. 

 

Berniaga..Alternatif Mangsa Hilang Pekerjaan - Akhir-akhir ini terdapat fenomina dimana pasar-pasar malam yang dulunya muram kini sudah menjadi makin ramai dengan peniaga-peniaga baru. Tidak dinafikan bahawa gejala pembuangan pekerja oleh syarikat-syarikat besar mahupun sederhana telah memaksa mangsanya mencari sesuatu kerjaya baru. Tidak terkecuali yang telah menaruh minat begitu lama ingin berkecimpung dalam arena butik pengantin. Butik Utara berharap kehadiran pengusaha-pengusaha baru butik pengantin dapat memainkan peranan masing-masing agar persaingan sihat dapat diwujudkan. Good luck to you all! 

astana impian Buka Cawangan - Khabarnya Astana Impian melalui laman webnya akan membuka cawangan di Sungai Dua, Seberang Perai. Di Sungai Dua juga Ina Collection yang kini beropersai di Guar Perahu akan berpindah tidak lama lagi. Semoga persaingan sengit butik-butik pengantin ini akan membawa manafaat kepada bakal pengantin.
 
Last Updated ( Friday, 05 February 2010 )
 
Sesuaikah Mak Ayah Pengantin...
Written by TokNikahKawin   
Sunday, 11 January 2009

Kami dijemput ke majlis kenduri..berkali-kali. Namun musim terbaru cuti sekolah hujung 2008 mencuit perhatian kami untuk diambil iktibar dijadikan panduan. Para tetamu terpacak berdiri menjeguk mencari-cari tuan kenduri untuk salam berisi. Tatkala itu waktu kemuncak para tetamu tiba. Rupa-rupanya Mak Ayah pengantin sedang duduk bersama meraikan makan dimeja pengantin.

Kami mengambil agenda makan ini untuk memperingati para-para bakal pengantin dan bakal tuan kenduri iaitu:

  • Sila kecualikan Mak Ayah pengantin (tuan kenduri) dari menjadi sebahagian dari rombongan makan beradat (makan pengantin).
  • Utamakanlah para tetamu dan pilihlah dari kalangan rakan taulan atau saudara terdekat bagi mewakili Mak Ayah untuk sama-sama dimeja makan pengantin.
  • Sila sediakan petugas untuk menawarkan air basuhan tangan walaupun telah tersedia sudu dan garpu kerana tidak semua jemputan rombongan pengantin rasa selesa dengan makan bersudu garpu.

Perlu diingatkan bahawa suasana di hotel dan dihalaman rumah amat berbeza....oleh itu jadikanlah makan makan yang diadakan dapat berlangsung dalam suasana yang amat santai dan selesa.

Last Updated ( Sunday, 11 January 2009 )
 
Orang Memberi Kita Merasa.....
Written by TokNikahKawin   
Monday, 26 May 2008

Assalamualaikum Pengantin Baru dan Mak-Mak Pengantin termasuk la ayah-ayah pengantin. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda semua menjemput pihak kami menghadiri kenduri kalian. Kami juga mohon dihalalkan semua perbelanjaan sewa kelengkapan pengantin  oleh kalian, semoga khidmat kami dapat memuaskan hati semua. Yang baik beritahu kawan..........

Kami juga memohon maaf pada sesetengah jemputan yang tidak dapat kami hadiri kerana terlalu banyak jemputan dan secara kebetulan bersamaan dengan majlis perkahwinan waris terdekat kami di kampung. Keikhlasan anda semua sangat-sangat kami hargai.

Last Updated ( Monday, 26 May 2008 )
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 4 of 7

Asmaul Husna

Sembang Online

Kaji Selidik

Apa Kata Anda Tentang Butikutara.Com?
 
Kenapa Ramai Pemilik Butik Pengantin Pandang Dingin Pada Website?
 

Potret Kenangan

NadzryAziela

 

© 2010 Direktori Pengantin Utara Semenanjung
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.